Pages

Saturday, June 19, 2010

kediaman Arnab si Rabbit kami..

ni ar rupe reban arnab si rabbit Kami..
dorang berasa selesa disini kerana kami melihat dorang membesar dengan sihat..
Bile sihat mesti r gembira..
btol x??

Arnab Si rAbbit Kami

Banyak lagi arnab si rabbit kami tp skang ni cukup ar just banyak ni...kang kalau banyak penat lak nak tekan nnti...
kalau ade yg berkenan dihati nak beli bagi makwe bela kee pakwe bela or nak wat present kawin pown bley..
bagi yang ade anak-anak yg suke merayau or kuar rumah try test beli sekor bagi die bela..
confirm xkuar..leka melayan arnab..
bela ni pown bley teach budak-budak jadi bertanggungjawab..
just now kami letak banyak ni jee ar dlu pic..
klu berkenan dihati just contact kami..

Thursday, June 17, 2010

Kami..

kami menyediakan perkhidmatan mejual arnab hidup,daging arnab,pallet dan seangkatan dengan arnab..
kami beroperasi di Banting Selangor Darul Ehsan didalam daerah kuala langat dan bermukim di mukim bandar & jugra di sebuah kampung bernama kampung bandar..


pelan ke lokasi Arnab Si Rabbit
click here..
lot 117 jalan bandar sungai ingat

42700 banting selangor darul ehsan.


contact number
zul-012-9197108
E-mail..
r_bunny@rocketmail.com

Arnab si Rabbit

Arnab atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Rabbit merupakan sejenis mamalia kecil yang comel. Nama saintifik arnab adalah Oryctolagus spp.

Arnab adalah benda hidup dari alam haiwan filum kordata dalam kelas mamalia dalam order lagomorpha. Arnab adalah haiwan maun yang makanan utamanya adalah tumbuh-tumbuhan. Perbezaan antara arnab dengan tikus adalah arnab mempunyai gigi pemotong kedua (incisors) dibahagian rahang atas. Struktur tengkorak arnab lebih ringan, mempunyai lubang hidung berbentuk liang memanjang, dan ekor yang kontot dan bulat.

Arnab sering diburu oleh haiwan pemangsa atau maging, oleh itu arnab mempunyai kelebihan cepat membiak. Sebagai haiwan mamalia, arnab berdarah panas, membiak dengan melahirkan anak. Arnab menjaga dan menyusukan anak.

Arnab mempunyai telinga yang panjang yang bertindak sebagai penyisih haba, dan juga deria pendengaran yang kuat untuk membantu arnab mengesan musuh. Selain itu, untuk melarikan diri daripada haiwan pemangsa, arnab mampu bergerak laju dengan cara melompat. Arnab boleh di dapati di pelbagai kawasan dan iklim, dari kawasan tundra, suhu sederhana, tropika, dan juga di kawasan gurun.

Antara spesies arnab yang terdapat di dunia ini adalah :-

1. Pika Amerika Utara atau nama Inggerisnya "North American Pika" dari keluarga Ochotonidae, nama sainsnya Ochonotona princeps
2. Pika Bibir hitam atau nama Inggerisnya "Black-lipped Pika" dari keluarga Ochotonidae, nama sainsnya Ochonotona curzoniae
3. Arnab Amami atau nama Inggerisnya "Amami rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Pentalagus furnessi
4. Arnab Paya atau nama Inggerisnya "Swamp rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus aquaticus
5. Arnab Ekor Kapas Timur atau nama Inggerisnya "Eastern cottontail" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus floridanus
6. Arnab Pygmy atau nama Inggerisnya "Pygmy rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus idahoensis
7. Arnab Eropah atau nama Inggerisnya "European rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Orytolagus cuniculus
8. Arnab Gunung Berapi atau nama Inggerisnya "Volcano rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Romerolagus diazi
9. Arnab Perang atau nama Inggerisnya "Brown rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus europaeus
10. Arnab Artik atau nama Inggerisnya "Arctic hare" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus arcticus
11. Arnab Gunung atau nama Inggerisnya "Mountain hare" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus timidus
12. Arnab Jack Ekor Hitam atau nama Inggerisnya "Black-tailed Jackrabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus californicus

Sunday, May 23, 2010